Muatnaik Video Nangis Sambil Makan, Atikah Suhaime Buat Netizen Risau - “Dulu Masa Mengandung Emosi…”

26 Nov 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video makan-makan atau mukbang yang dimuatnaik pelakon, Datin Atikah Suhaime berjaya menyorot perhatian netizen baru-baru ini.

Nangis sambil makan 

Menerusi perkongsian tersebut, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 33, dilihat sedang menikmati juadah Snow Crab Salad.

Dalam masa sama, Atikah turut sempat menceritakan tentang kondisi emosi nya yang difahamkan sedikit terganggu ketika ini.

@atikahsuhaimeeee Emotional mukbang today. ? harap preggy mummies out there semua sentiasa kuat hadapi emosi. Tiberrr #fyp #snowcrab #salad #tempe #misosoup ♬ Anything For Love - Dua Lipa

“Hari ini Tika kena attack mood tak okay. Tiber. Rasa macam sayu je. Bila rasa sayu, saya suka kunyah sayur.

“Supaya rasa payau sayur tu bagi saya bangun, balik kepada realiti, jangan sedih gitu,” tulisnya menerusi video tersebut.

Malah, pada akhir video pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu juga dilihat tidak dapat menahan emosi dan menitiskan airmata.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Atikah dan turut mendoakan yang terbaik buat aktres itu sepanjang proses kehamilan. 

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama yang dialami sewaktu mengandung. 

“Dulu masa mengandung pon emo lebih je. Selalu rasa macam husband tak sayang. Setiap hari tanya sayang tak. Lepastu paling ketara sekali takut husband dah tak sayang sebab kita selekeh time mengandung. 

“Penat,insecure,sakit-sakit. I feel u Tika, mungkin kena tinggal asing kot dengan family in law lepasni. Supaya rasa lebih tenang & luas lagi. Untuk mental health juga okay.

“Aku pulak yang nangis sambil baca, sabar tau Tika,” komen beberapa netizen. 

Terdahulu, Atikah telah mengumumkan berita kehamilannya menerusi satu hantaran di media sosial. 

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.