‘Boleh Pergi Ke Angkasa’, Papan Tanda Condong Di Samarahan Jadi Bahan Tawa Netizen

2 Nov 2022 • 5:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada pelbagai aplikasi tetapi papan tanda masih utuh dengan fungsi memudahkan pengguna jalanraya

‘Boleh Pergi Ke Angkasa’, Papan Tanda Condong Di Samarahan Jadi Bahan Tawa Netizen. Fungi papan tanda adalah untuk memudahkan para pengguna jalanraya untuk mengetahui hala tuju destinasi tujuan mereka.

Walaupun, masa kini kita ada pelbagai aplikasi untuk menjadi penunjuk arah tetapi papan tanda tetap memainkan peranan penting dan utama.

image is not available
‘Boleh Pergi Ke Angkasa’, Papan Tanda Condong Di Samarahan Jadi Bahan Tawa Netizen. Sumber gambar: REBUBLIKA.co.id

Papan tanda ke Kuching atau Samarahan, tidak ke kiri atau ke kanan tetapi boleh pergi ke angkasa terus!

Namun, terdapat satu gambar papan tanda di Samarahan yang telah dimuatnaik di laman sosial Facebook dan perkongsian tersebut telah tular kerana keadaan papan tanda tersebut kelihatan condong.

image is not available
‘Boleh Pergi Ke Angkasa’, Papan Tanda Condong Di Samarahan Jadi Bahan Tawa Netizen. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Perkongsian gambar papan tanda telah disertakan dengan kapsyen yang sangat mencuit hati dimana jika hendak pergi ke Kuching atau Samarahan, tidak perlu ke kiri atau ke kanan lagi. Para penguna jalanraya sudah boleh pergi ke angkasa untuk sampai ke Kuching ataupun Samarahan.

Kapsyen mencuit hati sekaligus jadi bahan tawa netizen

Dengan kapsyen yang mencuit hati ini juga, perkongsian ini telah menjadi bahan tawa segelintir netizen diruangan komen.

image is not available
‘Boleh Pergi Ke Angkasa’, Papan Tanda Condong Di Samarahan Jadi Bahan Tawa Netizen. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Ada-ada sahaja kejadian yang mencuit hati berlaku. Papan tanda guna ejaan ala Wechat, papan tanda condong tunjuk arah ke angkasa dan pelbagai lagi.

Boleh baca artikel yang menarik yang berkaitan dengan papan tanda juga di pautan dibawah: