“Common sense mana?” – Lelaki Suka Hati ‘Parking’ Dekat Petak Pam Buat Netizen Bengang

Entertainment
20 Oct 2022 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebanyakan stesen minyak di Malaysia kini mempunyai restoran makanan segera yang dibuka bersebelahan untuk menyenangkan pengguna jalan raya. Ini memudahkan mereka untuk mengisi minyak kereta sekaligus membeli makanan sementara dalam perjalanan ke detinasi yang hendak ditujui.

Tapi, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan kemudahan ini.

Baru-baru ini, telah tular sebuah foto di Twitter mengenai sebuah Porsche Cayenne berwarna putih yang dikatakan selamba parking di petak mengisi minyak sementara tuan kereta keluar membeli makanan.

image is not available

Anda boleh baca ciapan itu di sini.

Menerusi ciapan tersebut, pemilik kenderaan itu tanpa segan silu meletakkan kenderaannya di petak pam dan terus masuk ke restoran makanan segera bersebelahan stesen minyak itu untuk membeli makanan.

Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut kerana tiada common sense terhadap orang lain.

image is not available

image is not available

 

Ada juga warganet yang memberikan pendapat dan cadangan kepada stesen minyak tersebut untuk mengunci tayar kenderaan mereka yang sesuka hati parkir di petak pam dan kenakan denda untuk membuka kunci tersebut.

image is not available

image is not available

Segelintir warganet berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama semasa berada di stesen minyak yang turut membuatkan mereka bengang.

image is not available

image is not available

Kalau korang dalam situasi ni apa yang korang akan buat? Lagi-lagi kalau masa tu tengah rushing nak cepat lepas tu ada kereta parking macam ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.