‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel

EntertainmentLifestyle
17 Nov 2026 • 3:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pelakon kontroversi, Puteri Balqis sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas memuat naik hantaran di Instagram meminta mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai talam dua muka untuk berhenti mengikuti (unfollow) atau menyekat (block) akaun media sosialnya.

Malah dia juga tidak keberatan sekiranya ada pihak mahu ‘menggali’ atau membongkarkan sesuatu tentang dirinya.

“Boleh unfollow dan block aku. Aku lebih suka tak ramai. Spill apa kau nak spill. Gali apa kau nak gali. Itu perkara biasa yang haters dah buat pada aku bertahun-tahun. Aku tak ada masalah kalah di mata ratusan ribu manusia.

“Aku tak perlu ikut cara artis lain untuk nampak classy atau profesional. Aku tahu bersikap profesional dengan mereka yang faham,” katanya.

Puteri Balqis Tegaskan Tidak Akan Tunduk Dengan Haters

Tambah Aqish, dia tidak akan tunduk dengan tohmahan dilontarkan orang ramai meskipun akhirnya akan berdiri sendirian.

“Aku tak hidup untuk memenuhi harapan semua orang. Apatah lagi tunduk pada apa yang haters mahukan. Walaupun kalau aku terpaksa berdiri seorang, aku tetap akan jadi diri sendiri dan setia kepada mereka yang tak pernah meninggalkan aku.

“Aku tak rugi apa bila kehilangan pujian. Orang yang pernah berbuat baik tetap akan aku sebut dan ingat. Aku takkan biarkan kebaikan mereka dilupakan.

“Sama macam waktu kalian jatuhkan aku dan ibu aku di semua platform. Bertahun kami menunggu kebenaran muncul,” ujarnya.

Menurut pelakon tersebut, dia bersama keluarganya pernah dihentam orang ramai termasuk pemilik akaun blue tick (akaun verified) dipercayai orang-orang ternama dalam industri hiburan tanah air.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Puteri Balqis Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel & Berlaga Ketika Bertugas Di Set Penggambaran

Aqish mengeluarkan kenyataan tersebut selepas tular tangkap layar di Instagram yang mana dia mendakwa ada pelakon lelaki yang cuba bergesel dan berlaga dengannya di set penggambaran tanpa sebab.

Dakwanya, perkara tersebut berlaku dengan kerap malah dia juga meminta pengarah mengurangkan babak bersentuhan dengan hero berkenaan kerana mahu mengelak pelakon terbabit mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Aku sendiri yang minta kurangkan babak pegang sebab ada pelakon yang asyik ambil kesempatan bergesel tempat yang tak sepatutnya dengan aku. Banyak kali tau? Dan jangan cakap pelakon tak tahu apa tujuan,” katanya tanpa memetik sebarang nama.

Puteri Balqis Dedah Pelakon Lelaki Lain Yang Tak Pernah Ambil Kesempatan Ke Atasnya

Dia bagaimanapun memuji beberapa rakan seindustri lain yang menurutnya tidak pernah cuba mengambil kesempatan ke atasnya dalam projek-projek drama sebelum ini.

“Amir Ahnaf aku berlakon berbulan dengan dia. Babak semua berat. Dia sendiri yang sentiasa ingatkan diri dia bahawa aku ada batasan dengan lelaki.

“Tak pernah sekali pun Amir Ahnaf ambil kesempatan atau sengaja bergesel dengan aku. Aedy Asyraf, berlakon babak berpeluk sebagai aban, tak ada teraba-raba aku. Cukup hormat.

“Malah pelakon yang dah berkahwin, Aiman Hakim, Ady Mohamad, Jazmy Juma, Kodi Rasheed semua tahu batas,” katanya.

Bagaimanapun menerusi semakan kami, hantaran tersebut sudah pun dipadam.

Meskipun Aqish tidak menyebut sebarang nama, netizen mengaitkan hantaran tersebut dengan aktor sedang meningkat naik, Zarif Ghazzi yang kebetulan sedang bergandingan dengannya dalam drama terbitan iQIYI, ‘Dua Nyawa’.

View on Threads

Lebih menguatkan spekulasi apabila Aqish dilihat memuat naik satu hantaran Instagram Story terbaharu menghentam seorang wanita yang memintanya untuk membuat laporan kepada pihak berkaitan sekiranya benar dia diperlakukan sedemikian.

Apa yang mencuri tumpuan, nama Zarif yang disebut oleh pengguna IG tersebut. Tangkap layar berkenaan turut dikongsi di Threads.

Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel

‘Artis Kau Kena Overshadow Teruk Dengan Volkov & Calcifier’ – Puteri Balqis

Sebelum ini, turut tular tangkap layar hantaran Aqish yang membandingkan ‘aura’ seorang pelakon dengan bapa tiri serta tunangnya.

“Artis kau not my level. Aku bawa tunang dan bapak aku datang. Terus artis kau kena overshadow teruk dengan Volkov (bapa tiri, nama sebenarnya Faris) dan Calcifer (tunang turut dikenali sebagai Didi).

“Semua mata dekat diorang. Artis kau langsung jadi orang paling b*nga*g dekat situ. Langsung jadi paling hodoh dekat situ.

“Diorang (bapa dan tunang Aqish) tak perlu buat apa pun. Aura tu memang dah ada,” katanya.

Namun begitu, kenyataan tersebut telah mendapat kecaman ramai yang mana rata-rata netizen berpendapat tiada keperluan untuk membandingkan dan menghina soal paras rupa pelakon itu dengan keluarganya.

Menurut warga Threads, Aqish yang sudah sejak kecil berkecimpung dalam industri ini sepatutnya lebih profesional dan menggunakan ayat yang lebih sopan bagi mengulas tentang sesuatu isu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Image from: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Sumber: Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved