“Kalau Betul Pergi La ‘Report’, Orang Dah Bosan Lah” – Panggil Orang Bet*na, Puteri Balqis Dakwa Diganggu Secara S*ksual Pelakon Lelaki

Entertainment
17 Nov 2026 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Puteri Balqis menerima teguran daripada seorang pengguna media sosial selepas menggunakan perkataan ‘betina’ ketika membalas komen individu yang mempersoalkan dakwaannya mengenai gangguan seksual di lokasi penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, dilihat membalas komen seorang wanita yang mencadangkan agar dia membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya benar seorang pelakon lelaki melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap dirinya.

Advertisement

Bagaimanapun, respons yang diberikan Aqish mencetuskan perdebatan apabila dia menggunakan bahasa kasar terhadap individu berkenaan.

Puteri Balqis Didakwa Diganggu Secara Seksual

Segalanya bermula apabila seorang pengguna Instagram meninggalkan komen meminta Aqish mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang didakwa terlibat dalam kejadian tersebut.

hhj

“Lah pulak, kalau betul zarif did something on you report la dia kat tempat sepatutnya. If not, u better clear his name.”

Tidak berdiam diri, Aqish membalas komen tersebut dengan nada tegas, selain menyentuh mengenai pasangan wanita berkenaan.

“Betina @5yaqirah, kau ada pasangan.

“Aku harap satu hari nanti pasangan kau akan buat benda yg sama atau lebih dahsyat lagi dari jantan yg kau backup.”

Dalam hantaran sama, Aqish menegaskan bahawa dakwaan gangguan seksual bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku berulang kali di tempat kerja.

Menurutnya, sokongan daripada orang ramai terhadap seseorang individu juga tidak bermakna segala dakwaan yang timbul boleh dianggap tidak benar.

“Thousands of voices from artists and society can only amplify rumours, not turn them into truth.

“Time, together with evidence, will speak the truth.”

Nama Zharif Ghazzi Jadi Tumpuan

Bagaimanapun, tindakan Aqish menggunakan perkataan tersebut mendapat teguran daripada seorang pengguna Threads yang berpendapat wanita berkenaan hanya memberikan cadangan yang munasabah.

View this post on Instagram

Individu itu turut menyatakan bahawa dia meminati Aqish, namun tidak bersetuju dengan cara pelakon tersebut membalas komen berkenaan.

“I rasa perempuan yg comment tu cakap elok ii, suggestion dia pun make sense. Why label dia betina?

“Aqish I adore you yaa, but as for now, you being too much panggil kaum you sendiri macam tu.”

Menurut individu berkenaan, sebagai seorang pelakon yang dikenali ramai, Aqish sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat ketika memberikan respons di media sosial.

Netizen Suruh Puteri Balqis Buat Laporan Polis

Dalam ruangan komen, beberapa pengguna media sosial turut bersetuju bahawa sekiranya terdapat bukti berkaitan dakwaan gangguan seksual, perkara tersebut wajar dibawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

j

“Negara kita ada undang ii, boleh je file report tunjuk bukti bq kat pihak berkuasa. Tak perlu pun up socmed.”

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna yang mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat kesimpulan terhadap dakwaan Aqish memandangkan gangguan seksual merupakan isu serius.

Mereka berpendapat bahawa seseorang yang membuat dakwaan sedemikian tidak sepatutnya terus dipersalahkan hanya kerana belum mendedahkan bukti kepada umum.

Dalam masa sama, ada pengguna yang turut mempertikaikan tindakan mengaitkan nama pelakon lelaki tertentu sedangkan identiti individu yang didakwa terlibat masih belum disahkan secara rasmi.

Sebelum Ini Dakwa Pelakon Lelaki Sengaja ‘Bergesel’

Terdahulu, Aqish mendakwa pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila seorang pelakon lelaki dikatakan sengaja bergesel dengannya ketika menjalani penggambaran.

Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berjumpa pengarah dan meminta supaya babak melibatkan sentuhan fizikal dikurangkan.

Aqish turut menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya dilabel sebagai pelakon biadab kerana lebih mengutamakan maruah serta batas pergaulannya ketika bekerja.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan dalam dakwaannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kalau Betul Pergi La ‘Report’, Orang Dah Bosan Lah” – Panggil Orang Bet*na, Puteri Balqis Dakwa Diganggu Secara S*ksual Pelakon Lelaki2026-11-16 10:29:27

"Tunang Dan Bapak Aku Datang, Teruk 'Artis' Kau Kena 'Overshadow', Kaliamak Betul" - Puteri Balqis Kecam Dikritik Berlakon Hambar

The post “Kalau Betul Pergi La ‘Report’, Orang Dah Bosan Lah” – Panggil Orang Bet*na, Puteri Balqis Dakwa Diganggu Secara S*ksual Pelakon Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved