“Boleh Tak Tukar Style Baju Selain Longgar Bahagian Leher..” – Individu Anggap Fesyen Auntie Ja Tak Menarik

Women's FashionLifestyle
13 Feb 2025 • 10:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau sebelum ini usahawan pencuci mulut, Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Auntie Ja sering dikecam susulan harga dessert yang dianggap tidak masuk dek akal tetapi kali ini lain pula.

Individu pertikai cara pemakaian Auntie Ja

Melalui platform TikTok, dilihat Auntie Ja sedang melakukan live TikTok memaparkan dirinya sedang memakai make-up.

Namun begitu, satu komen daripada seorang individu telah menarik perhatiannya, di mana individu berkenaan mempertikaikan cara pemakaian usahawan itu.

Aunty Ja boleh tak tukar style baju yang menarik pula selain dari baju yang longgar bahagian leher.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Hajar (@ct_hajarsd)

Suka pakai kemeja bahagian leher longgar, fesyen kegemaran

Selepas meneliti lama komen yang ditulis oleh individu tersebut, barulah Auntie Ja memahami, lalu membuat kompilasi cara dirinya dress-up.

Malah, mengakui itu merupakan gaya fesyen yang digemari Auntie Ja dan merasakan sangat sesuai dengannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyukai cara pemakaian Auntie Ja dan meminta dia tidak menukar hanya kerana komen sedemikian.

image is not available

image is not available

image is not available 4 weeks ago

“Kami Tunggu Jason Review” - Buat Pertama Kali Suka Dessert Perkenal Menu ‘Salad’, Netizen Terkejut Harga RM12