
Usahawan jenama popular, Suka Dessert iaitu Aunty Ja sekali lagi menjadi perhatian netizen di media sosial.
Kali ini, bukan disebabkan pencuci mulut tetapi menu terbaru yang diperkenalkan iaitu salad berharga RM12 sebekas.
Salad menu baru Suka Dessert
Video Aunty Ja menikmati salad ini dimuatnaik semula pengguna di platform X sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
Menu terbaru dari aunty ja selama ni korang kecam makanan tak sihat , tengok dia keluarkan salad dah
RM12 ini tak mahal.
Ini menu mesra RM1 pic.twitter.com/1q9MlIvrHQ
Menerusi video tersebut, Aunty Ja mempamerkan apa yang pelanggan akan dapat dengan sebekas salad berharga RM12.
Namun, netizen berpendapat harganya tidak setimpal dan membuat perbandingan dengan jenama lain seperti Village Grocer di mana salad dijual pada harga lebih rendah.
Respon netizen


Di samping isu harga, netizen turut meluahkan rasa tidak sabar melihat pelanggan atau pempengaruh terkenal ‘review’ hidangan tersebut.
Ulasan ini dianggap penting untuk menentukan sama ada salad RM12 ini benar-benar berbaloi atau hanya marketing.
#OhmediaNasihat
Sebenarnya, harga sesuatu produk bukan hanya bergantung pada bahan, tetapi juga jenama dan pengalaman yang ditawarkan.
Apa-apa pun sebelum membeli, pastikan korang menilai kualiti dan kepuasan yang dicari. Kalau kena dengan selera, apa salahnya mencuba kan?

Jap!


