”Boleh ulang-alik Kodiang 6 kali sebulan!” – Ramai Persoal Kuota RON95 300 Liter Sebulan Tak Cukup, Ini Respon Netizen

Entertainment
23 Sep 2025 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial isu berkenaan rakyat Malaysia yang bakal menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi inisiatif BUDI95.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mengumumkan bahawa harga petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter hanya untuk kegunaan rakyat tempatan bermula 30 September ini.

Namun bagi warga asing, mereka perlu membayar pada harga RM2.60 seliter bermula tarikh yang sama, katanya.

Cukup ke RON95 300 liter sebulan?

Walau bagaimanapun, timbul pertikaian di media sosial Threads yang mana ada di kalangan netizen mempersoalkan cukupkah kuota bulanan 300 liter tersebut kerana ada individu yang terpaksa berulang-alik lebih 50km dari rumah ke tempat kerja setiap hari.

Malah menurut individu berkenaan, bagaimana pula dengan mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan perlu pulang ke kampung sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menziarahi ibu bapa.

image is not available

“Dari Perlis balik Kelantan lalu seluruh negeri pun tak habis 300 liter” – Netizen

Pertanyaan itu kemudian menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyatakan bahawa jumlah 300 liter itu sebenarnya agak banyak dan ada juga yang berkongsi hasil jawapan daripada ChatGPT yang mengandaikan jika individu tersebut menggunakan kenderaan jenis Perodua Bezza.

image is not available

Menurut penjelasan itu, dengan 300 liter minyak, individu berkenaan berpeluang untuk berulang-alik dari Damansara ke Kodiang sebanyak 6 kali dalam sebulan!

Malah ada juga yang mengatakan jika seseorang memandu dari Perlis kemudian ke Kelantan melalui seluruh Semenanjung Malaysia sekalipun, 300 liter tidak akan habis digunakan. Berikut perkiraan hasil pertanyaan daripada ChatGPT.

image is not available

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun ada yang masih bersangka baik dan menganggap kemungkinan besar individu tersebut seorang yang kerap ‘travel’, oleh sebab itu 300 liter tidak mencukupi baginya dalam sebulan.

image is not available

Penetapan kelayakan 300 liter RON95 sebulan hasil dapatan kajian DOSM

Menurut Harian Metro, penetapan siling kelayakan bulanan subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sehingga 300 liter sebulan dibuat berdasarkan dapatan kajian oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).

Kementerian Kewangan memaklumkan yang dapatan kajian terbabit mendapati lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tak melepasi jumlah berkenaan.

Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.

“Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan terbabit dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan juga berkata, berdasarkan kajian jumlah 300 liter itu mewakili purata penggunaan kira-kira 170 km perjalanan harian untuk kereta dalam kategori tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.