Bolt kini boleh ditempah menerusi ChatGPT

Business & Finance
31 Jul 2026 • 2:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bolt kini boleh ditempah menerusi ChatGPT

PETALING JAYA: Platform perkhidmatan pengangkutan, Bolt kini boleh diakses secara terus menerusi integrasi global bersama ChatGPT di seluruh pasaran pengoperasiannya berkuat kuasa serta-merta.

Langkah itu membolehkan perkhidmatan Bolt dibuka kepada lebih 900 juta pengguna mingguan ChatGPT bagi memudahkan urusan perancangan perjalanan dan tempahan kenderaan dalam satu platform.

Menerusi integrasi berkenaan, pengguna boleh berinteraksi dalam ruangan sembang ChatGPT untuk melihat anggaran tambang awal, menilai pilihan laluan, menyemak masa ketibaan pemandu serta mengenal pasti lokasi penjemputan (pick-up) yang terbaik bagi mengurangkan masa menunggu.

Sebaik sahaja pengguna sedia untuk bertolak, maklumat perjalanan akan dipindahkan ke aplikasi Bolt untuk menyempurnakan tempahan.

Pengurus Besar Bolt Malaysia, Afzan Lutfi berkata, pengenalan fungsi baharu itu sejajar dengan perubahan trend semasa di mana aktiviti perancangan harian kini semakin tertumpu menerusi satu platform perbualan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

“Selama ini, membuat tempahan pemanduan memerlukan pengguna membuka aplikasi khusus. Seiring peningkatan interaksi harian menerusi AI, kami berpandangan permintaan kenderaan juga perlu menjadi semudah menyoal, melihat harga dan terus bertolak,” katanya dalam kenyataan.

Integrasi global ini dilaksanakan secara serentak di semua pasaran pengoperasian Bolt.

Buat masa ini, proses pembayaran masih dijalankan menerusi aplikasi Bolt, namun syarikat merancang untuk memperkenalkan fungsi pembayaran terus di dalam ChatGPT kelak.

Berdasarkan Kaji Selidik Accenture Consumer Pulse 2025 membabitkan 18,000 pengguna di 14 negara, sebanyak 80 peratus pengembara di peringkat global kini menggunakan alatan AI untuk tujuan perjalanan, dengan lebih separuh daripadanya sedia menyerahkan pengurusan perjalanan sepenuhnya kepada teknologi berkenaan. – UTUSAN

The post Bolt kini boleh ditempah menerusi ChatGPT appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved