Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan

12 Jan 2025 • 2:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bom jenis Unexploded Ordinance (UXO) itu berjaya dimusnahkan TLDM

Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan. Dilaporkan, sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Pulau Sibuan, Semporna, semalam. Bom jenis Unexploded Ordinance (UXO) itu ditemui dan diuruskan oleh pasukan penyelam TLDM.

Operasi pemusnahan bom bermula jam 3.10 petang, diketuai Leftenan Komander Ghazali Soleman dengan bantuan 11 penyelam ranjau TLDM dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) di Lumut dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di Sandakan.

image is not available
Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500Kg Ditemui Di Pulau Sibuan Dimusnahkan. Sumber gambar: MalaysiaGazette

Bom Berat 500 kg tinggalan sejak 1945

Menurut kenyataan rasmi MAWILLA 2, bom itu berukuran tiga kaki panjang dan satu kaki lebar, dipercayai jenis Aerial Bomb yang dilepaskan pesawat udara pada tahun 1945. Dengan berat sekitar 500 kilogram, ia sememangnya peninggalan perang yang cukup berbahaya!

Bom tersebut dimusnahkan menggunakan teknik Blow in Place (BIP), iaitu pemusnahan terus di lokasi dengan langkah keselamatan tertinggi. Dalam masa yang sama, tiada kerosakan pada harta benda mahupun alam sekitar marin dilaporkan.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Kerjasama Pelbagai Agensi

Operasi ini turut melibatkan sokongan daripada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), dan IPD Semporna. Gabungan mantap ini memastikan keselamatan sepenuhnya sepanjang operasi berlangsung.

Dengan kejayaan ini, TLDM sekali lagi membuktikan kepakaran mereka dalam memastikan perairan negara kita selamat daripada ancaman lama yang masih berbisa.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: