Bomba angkat mayat lelaki dari longkang di Perai

11 Sep 2026 • 9:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Bomba angkat mayat lelaki dari longkang di Perai

Bomba Pulau Pinang angkat mayat lelaki dari longkang di Perai selepas menerima panggilan polis. Mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam longkang sedalam 1.5 meter di Taman Kelisa Emas, Perai hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa dikenal pasti sebagai Ooi Chai Siang, 37.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 12.10 tengah hari bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat berkenaan.

“Sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai digerakkan ke lokasi untuk kerja-kerja mengeluarkan mayat dari longkang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved