Mayat lelaki dijumpai dalam longkang berhampiran sekolah

11 Sep 2026 • 2:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mayat lelaki dijumpai dalam longkang berhampiran sekolah

BUTTERWORTH : Mayat seorang lelaki berusia 37 tahun dijumpai dalam satu longkang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Jalan Siakap di sini, kira-kira pukul 12.10 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan itu.

“Panggilan tersebut diterima daripada pihak polis yang meminta pertolongan daripada bomba untuk mengangkat mayat berkenaan kerana longkang itu berkedalaman kira-kira 1.5 meter.

“Mayat seterusnya berjaya diangkat keluar dan diletakkan di tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis. Operasi kemudian ditamatkan kira-kira pukul 12.47 tengah hari,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan setakat ini.-UTUSAN

The post Mayat lelaki dijumpai dalam longkang berhampiran sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved