Mayat lelaki cuba selamatkan bot dijumpai

11 Sep 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki cuba selamatkan bot dijumpai

PARIT – Mayat lelaki yang dibawa arus sungai ketika cuba menyelamatkan bot miliknya di tebing Sungai Perak di Batu 18, Kampung Kuchai, Bota Kiri di sini semalam ditemukan pada pukul 2 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa berusia 38 tahun dijumpai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jarak empat kilometer dari lokasi dia terjun.

“Mayat mangsa dibawa ke darat dan diserahkan pada pihak polis tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas cuba menyelamatkan bot miliknya yang hanyut dari sangkar ikan. Anak saudara mangsa dikatakan cuba membantu, namun tidak berjaya.

Pencarian mangsa diteruskan hari ini dengan menggunakan teknik ‘surface searching’ bersama Unit Anjing Pengesan (K9) dan sebuah bot dalam radius 6 km sepanjang sungai. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki cuba selamatkan bot dijumpai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved