Bomba berenang 50 meter selamatkan lelaki terjun jambatan

8 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bomba berenang 50 meter selamatkan lelaki terjun jambatan

KUALA SELANGOR – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 5 di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 44 tahun itu diselamatkan kira-kira pukul 9.15 malam selepas anggota bomba berenang sejauh 50 meter dari tebing.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.05 malam dengan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor yang terlibat operasi tersebut.

Katanya, pasukan bomba yang tiba lima minit kemudian segera menjalankan misi menyelamat.

“Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba yang berenang sejauh 50 meter ke arah lokasi mangsa.

“Lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Bomba berenang 50 meter selamatkan lelaki terjun jambatan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved