Guna lori APM bantu pindah pesakit 200kg

LocalHealth & Fitness
7 Sep 2026 • 4:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Guna lori APM bantu pindah pesakit 200kg
Berat badan mencecah kira-kira 200kg menyebabkan proses memindahkan seorang pesakit lelaki berusia 50 tahun dari Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, memerlukan bantuan khas APM pada Ahad. Foto: APM

PASIR PUTEH – Berat badan mencecah kira-kira 200 kilogram menyebabkan proses memindahkan seorang pesakit lelaki berusia 50 tahun dari Hospital Tengku Anis di sini ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, memerlukan bantuan khas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pada Ahad.

Operasi pemindahan yang bermula kira-kira jam 4 petang dan selesai pada 7 malam itu membabitkan empat anggota APM Daerah Kota Bharu termasuk dua pegawai.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zin berkata, pihaknya menggunakan lori bagi membantu melancarkan proses pemindahan pesakit berkenaan.

Menurut beliau, penggunaan kenderaan berkenaan diperlukan bagi memastikan urusan pengendalian dan pergerakan pesakit dapat dilakukan dengan lebih selamat serta teratur.

"Bantuan itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak KKM bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pesakit diberi keutamaan sepanjang proses pemindahan.

"Keadaan pesakit dan faktor berat badan memerlukan pengendalian yang bersesuaian supaya proses pemindahan dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved