Bomba berjaya kawal separuh daripada 51.4 hektar tanah gambut terbakar

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 12:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba berjaya kawal separuh daripada 51.4 hektar tanah gambut terbakar
Anggota bomba goat memadamkan kebakaran tanah gambut di Jalan Bypass Punggai - Sebana Cove

KOTA TINGGI – Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran tanah gambut seluas 25 hektar daripada keseluruhan 51.4 hektar yang terjejas di Jalan Bypass Punggai–Sebana Cove, Pengerang setakat jam 10 pagi, Rabu.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba Dua, Suhailah Hassan berkata, operasi pemadaman terus dipergiat bagi memastikan baki kawasan seluas 26.4 hektar pulih sepenuhnya.

Menurutnya, 10 hektar di Sektor A dan 15 hektar di Sektor B berjaya dipadam setakat ini.

“Teknik pemadaman secara direct attack menggunakan dua aliran sepanjang 300 dan 400 kaki, dua pancutan, dua fixed monitor daripada pam angkut serta sumber air daripada tanker Ranhill SAJ digunakan bagi operasi di Sektor A.

“Untuk Sektor B, kaedah yang digunakan melibatkan satu aliran sepanjang 300 kaki, dua pancutan, pam angkut dan air daripada tanker Ranhill SAJ,” katanya.

Beliau berkata, tiada nyalaan baharu dikesan dan kejadian itu juga tidak melibatkan mangsa.

“Bagaimanapun, tiupan angin agak kuat ketika ini memberi cabaran kepada bomba untuk memadamkan kebakaran,” ujarnya.

Operasi pemadaman ketika ini melibatkan 25 anggota bomba, 14 pegawai Ranhill SAJ dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurutnya lagi, dron turut digunakan bagi melakukan pemantauan dan mengesan lokasi nyalaan baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved