
LAHAD DATU: Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu telah menerima sebanyak 288 panggilan kes sepanjang 2024.
Ketua BBP Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, ia termasuk 87 panggilan kebakaran, 191 panggilan penyelamatan dan 10 panggilan melibatkan tugas-tugas khas.
AdvertisementKatanya, jumlah panggilan ini menunjukkan penurunan sebanyak 25 peratus berbanding 384 panggilan yang direkodkan pada 2023.
Taksiran kerugian akibat kebakaran pada 2O24 adalah sebanyak RM3.7 juta daripada RM14.9 juta nilai harta yang terlibat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jumlah ini, katanya, menurun RM2 juta berbanding RM5.7 juta daripada RM46.8 juta nilai harta yang terlibat pada 2023.
“Dari segi harta yang diselamatkan pula, sebanyak 75.24 peratus berjaya diselamatkan berbanding 87.94 peratus pada 2023.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Penurunan jumlah panggilan dan kerugian ini menunjukkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan kebakaran, keselamatan di jalan raya dan di kawasan aktiviti air, telah meningkat.
“Ini sekali gus menunjukkan kempen kesedaran awam yang dijalankan oleh BBP Lahad Datu memberi kesan yang positif,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Sumsoa, kes kebakaran pada 2024 melibatkan satu kes kematian.
Manakala, bagi kes penyelamatan, sebanyak 13 kematian dicatatkan pada 2024.
Katanya, kemalangan jalan raya merupakan penyumbang utama bagi kes yang melibatkan kematian, diikuti dengan kes serangan buaya.
Sumsoa turut memberitahu BBP Lahad Datu juga menerima tiga kes panggilan palsu berbanding hanya satu kes pada 2023.
Tambahnya, walaupun jumlah ini kecil, namun ia tetap menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat berkenaan kesalahan membuat panggilan palsu adalah rendah.



