Bomba Pecah Pintu Rumah, Temukan Warga Emas Maut Di Atas Katil

26 Jun 2023 • 6:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
JBPM Perak hari ini terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalam sebuah rumah - Gambar ihsan JBPM

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalam sebuah rumah di Taman Pinji Mewah di sini.

Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon berkata bagaimanapun sebaik pintu berjaya dibuka, warga emas berusia 80-an itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Kita terima panggilan pada 1.30 tengah hari untuk menjalankan khidmat khas pecah tombol pintu rumah terkunci setelah menerima aduan daripada pihak polis terdapat seorang mangsa terkunci di dalam rumah. 

"Anggota bomba menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri tertiarap di atas katil dan disahkan telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat 1.50 tengah hari. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved