Bomba Selamatkan Kanak-Kanak 9 Tahun Yang Dihanyutkan Arus Deras Sebuah Longkang Ketika Cuba Ambil Bola

4 Jan 2025 • 9:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berdepan detik cemas pada petang Jumaat semalam selepas mangsa dihanyutkan air deras sebuah longkang di Jalan Kajang Perdana 8, Taman Kajang Perdana.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, mangsa sebelum itu difahamkan cuba mengambil sebuah bola di longkang tersebut sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Selepas itu, kanak-kanak lelaki tersebut telah dihanyutkan air deras longkang berkenaan, lapor Harian Metro.

image is not available

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

image is not available

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dan akhirnya kanak-kanak itu ditemui di dalam longkang bawah tanah sedalam 7.62 meter.

Mangsa akhirnya berjaya dibawa keluar dari longkang bawah tanah itu sekitar jam 7.29 petang dan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan lemah dilaporkan telah mengalami kecederaan ringan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.