Budak, penunggang motor maut di Tebobon dan Sandakan

LocalCars
4 Jan 2025 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jonathan Nicholas, Winnie Kasmir

Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun maut selepas dirempuh sebuah Perodua Axia ketika berlari melintasi jalan di Kampung Tebobon, pada Khamis.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, kereta dipandu seorang lelaki berusia 20-an itu bergerak dari arah Kota Kinabalu menuju ke Bandar Sierra.

AdvertisementKetua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata, mangsa dipercayai berlari melintasi jalan dari arah kanan.

Akibat kemalangan itu, pejalan kaki itu tercampak ke kanan jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Siasatan menunjukkan kecuaian berpunca daripada pejalan kaki yang mengakibatkan kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kasim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

“Pejalan kaki dinasihatkan sentiasa mengamalkan konsep melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Di SANDAKAN, seorang penunggang motosikal maut apabila bertembung dengan sebuah lori yang dipandu melawan arus di Jalan Sungai Batang, Batu 10 pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian lebih kurang 7.30 pagi itu, penunggang motosikal bergerak dari arah Sibugal Besar menuju ke lampu isyarat Batu 10.

“Lokasi kejadian merupakan jalan sehala dua lorong, dan mangsa lelaki berusia 22 tahun ini dilanggar oleh lori dari arah bertentangan yang memandu secara lawan arus. Akibat kemalangan ini, penunggang motosikal meninggal di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berusia 47 tahun cedera ringan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.