Bomba selamatkan lelaki berjalan atas bumbung rumah di Klang

20 Jul 2026 • 12:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bomba selamatkan lelaki berjalan atas bumbung rumah di Klang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Lelaki dipercayai kurang siuman diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas ditemukan berjalan di atas bumbung rumah di Taman Sri Andalas, Klang pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan pada jam 6.53 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

"Pasukan bomba membuat pemeriksaan awal dan mendapati seorang lelaki berusia 30-an dipercayai kurang siuman berada di atas bumbung rumah pengadu.

"Anggota kemudian mengambil pendekatan memujuk lelaki tersebut sebelum dia selamat diturunkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.05 pagi.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan kejadian berkenaan yang mendakwa lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian serta dikaitkan dengan kes pecah rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved