Lelaki parah kereta dipandu dihempap pokok tumbang

LocalEnvironment
19 Jul 2026 • 12:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki parah kereta dipandu dihempap pokok tumbang
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta akibat dihempap pokok berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.11 malam,

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Rohafizam Othman berkata, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu mangsa berusia 43 tahun," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Rohafizam berkata, anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kaki. Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved