Bomba terpaksa potong cincin kahwin, pengantin lelaki salah pakai

28 Jul 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bomba terpaksa potong cincin kahwin, pengantin lelaki salah pakai

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan menjadi huru-hara apabila pengantin lelaki terpaksa meminta anggota bomba untuk memotong cincin kahwin yang tersangkut pada jarinya akibat tersalah pakai, lapor laman berita Detik. 

Ketua Pencegahan dan Kawalan Kebakaran di Jabatan Bomba Gowa, Syamsul Bahri berkata, pasangan pengantin itu bergegas ke balai bomba selepas selesai ijab kabul. 

“Cincin yang disarungkan pada jari pengantin lelaki itu sepatutnya dipakai oleh pengantin perempuan, menyebabkan ia sukar untuk ditanggalkan. 

“Kami terpaksa memotong cincin berkenaan,” kata Syamsul kepada pemberita baru-baru ini.

Menurutnya, pengantin lelaki berada dalam keadaan baik. – AGENSI

 

The post Bomba terpaksa potong cincin kahwin, pengantin lelaki salah pakai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved