Bonda Rozita Kongsi Gambar Rumah 7 Bilik Yang Dibeli Di London

17 Jul 2023 • 8:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bonda Rozita di hadapan rumah miliknya - gambar Instagram

Usahawan terkenal yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim telah berkongsi foto rumahnya di London.

Menerusi hantaran  yang dimuatnaik pengasas jenama Sendayu Tinggi  ini, dia mendedahkan bahawa rumah 7 bilik yang tertelak 15 minit dari Lapangan Terbang Heathrow itu dibelinya sebagai hadiah untuk diri sendiri.


"Tiada sapa tahu masa depan. Kita tak boleh memilih ujian yang Allah nak bagi.

"Sebelum  menuju kejayaan bonda dah biasa susah. Orang hina saya tak melawan walaupun saya seorang yang sangat berani. 

"Saya berjimat-jimat dengan emosi perasaan, kewangan, nafsu dan kesihatan badan.

"Rumah ini hadiah untuk diri saya sendiri. Saya tak ada kemewahan, hanya ada ini sahaja," tulisnya di bahagian kapsyen.

Kongsi Rozita lagi, rumah itu dibeli secara hutang  dan bukannya tunai.

image is not available
Bonda Rozita Ibrahim - gambar Instagram

"Saya tak pernah bercuti. Saya sedang membina 'team' walau sukar. Saya dah tua dan nak kurangkan aktiviti  perniagaan.

"Minggu ini saya terbang ke London. Insya Allah  saya rancang untuk bina perniagaan di sana dalam bidang hartanah," kongsinya.

Sementara  itu di bahagian komen, ramai yang terpegun dan bangga melihat pencapaian Rozita yang berjaya memiliki hartanah di negara orang.

Malah ada yang mencadangkan agar dia melakukan bisnes 'homestay' dan Airbnb di sana. - Getaran, 17 Julai 2023.