‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan

17 Oct 2026 • 10:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan

PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat penyanyi Wany Hasrita apabila berhadapan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja semalam.

Bagaimanapun, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, bersyukur berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan serius walaupun kereta miliknya mengalami sedikit kerosakan.

“Dalam perjalanan nak pergi ‘soundcheck’ Anugerah Melodi Terhangat. Alhamdulillah, tiada yang serius.

“Tapi kereta calar dan bonet terangkat sikit,” katanya dalam Threads.

Meskipun berdepan insiden tersebut, pelantun lagu Menahan Rindu itu tetap meneruskan tugasan sebelum merancang membuat tindakan susulan.

“Demi kerja, teruskan juga. Balik kerja nanti baru nak buat laporan polis,” katanya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Wany turut menunjukkan rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) merakamkan detik kenderaannya dilanggar sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan cuaca hujan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved