Pemandu Audi tersepit kemalangan selepas Terowong SMART

LocalCars
20 Sep 2026 • 12:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu Audi tersepit kemalangan selepas Terowong SMART

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tersepit di tempat duduk pemandu setelah kereta jenis yang Audi dipandu terlibat dalam kemalangan selepas Terowong SMART menghala ke pusat bandar, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera Fire Rescue Tender bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi, PBK I Najilan Che Pha mendapati kemalangan melibatkan kereta Audi dengan seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit di kerusi pemandu.

“Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat sebelum mengeluarkan mangsa yang cedera pada bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu Audi tersepit kemalangan selepas Terowong SMART appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved