Sebulan Gaji ! 18,455 Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Aidilfitri Termasuk Kontrak

LocalPolitics
4 Mar 2026 • 2:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2026.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan itu bakal memanfaatkan seramai 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak di negeri berkenaan.

“Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji tertakluk kepada syarat dan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

image is not available

Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Aidilfitri

Menurut beliau, bantuan berkenaan merangkumi 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 992 kakitangan badan berkanun negeri.

Tambahnya, bayaran Bantuan Khas Kewangan itu akan dibuat pada 5 Mac 2026 atau pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.

image is not available

Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti demi memacu Johor ke tahap lebih baik.

Sumber: FB Onn Hafiz Ghazi

The post Sebulan Gaji ! 18,455 Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Aidilfitri Termasuk Kontrak appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved