Johor umum bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan gaji

LocalPolitics
4 Mar 2026 • 3:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji kepada 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook berkata, bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.

"Kerajaan negeri berharap pemberian ini menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti dalam memacu Johor ke tahap lebih baik,” katanya.

Onn Hafiz berkata, pemberian bantuan itu melibatkan 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 992 kakitangan badan berkanun negeri. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved