Borneo Rising: Duet Bersama Harris Dikritik, Azeva Akui Dah 'Ready' Dihentam - “Saya Datang Bukan Untuk…”

28 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Borneo Rising: Duet Bersama Harris Dikritik, Azeva Akui Dah 'Ready'  Dihentam - “Saya Datang Bukan Untuk…”

Penyanyi, Azeva mengakui tidak kisah jika dikritik atau dikecam susulan duetnya bersama bintang Borneo Rising, Harris di pentas akhir program tersebut.Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Azeva berkata dia sudah terbiasa menerima komen-komen negatif daripada netizen sejak kecil lagi.“Saya dari kecil orang hentam saya. Bila ada orang kata saya tak pandai nyanyi, tidak mengapalah orang cakap apa. “Ada orang kata saya, kau m*ti je dari jadi anak dia. Bila orang kata saya dahlah tak pandai menyanyi, berlakon hauk, hos tak best tetapi cantik. Saya macam hold up wau saya cantik.Saya memang tak boleh nyanyi sangat,”ujarnya.Dalam masa sama, Azeva berkata pada awalnya dia tidak tahu dirinya dijemput sebagai hos dan bukanlah penyanyi jemputan.Selepas mengetahui hal sebenar, dia sudah bersiap sedia dengan sebarang kecaman yang bakal dilemparkan terhadapnya.“Saya tak tahu saya kena buat apa untuk dijemput final. Ingatkan duet host. Saya baru tahu minggu sama, hari isnin yang saya kena duet. Saya dah bersedia untuk kena hentam. “Saya tahu saya tak boleh. Saya ingat nyanyi bukan bertanding sebab itu saya okay. Ramai orang cakap pasal saya,”kongsinya.Anak kepada penerbit, A.Aida itu turut mendoakan kejayaan seni Harris dan percaya dengan tuah kemenangan nombor empat. “Semoga Harris dimurahkan rezeki sebab selalu orang yang dapat nombor empat ini dimurahkan rezeki yang banyak. Lihat sahaja saya, Ammar, ayah saya,”katanya lagi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved