Boss Ned Masuk ICU, Nora Danish Beri Kata-Kata Semangat

24 Jun 2024 • 8:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Nora Danish mengucapkan kata-kata semangat buat bekas suaminya, Nedim Nazri yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu kota.

Boss Ned masuk ICU

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nora mendoakan supaya Nedim terus kuat untuk berdepan dengan masalah kesihatan yang dialami.

"Terus kuat 'daddy'," tulis Nora.

Menerusi perkongsian berkenaan, Nedim dilihat sedang terbaring atas katil di hospital.

Memetik Harian Metro, Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri memaklumkan dia dimasukkan ke ICU di sebuah hospital.

Namun, dia tidak menyatakan apa masalah kesihatannya itu hingga terpaksa dirawat di ICU.

"Sudah berumur 41 tahun dan saya kini dalam hospital, ICU," katanya.

Hubungan baik pasangan yang baru sah bercerai minggu lalu itu ternyata menuai sorotan positif daripada netizen.

Nora dan Nedim dipuji kerana masih berbaik dan akrab meski sudah tidak suami isteri.

"Baiknya Nora, bekas suami sakit pun dia sempat pergi melawat. Memang profesional," antara komen netizen.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Berita itu menyusul selepas sekitar hujung April lalu, Nora membuka mulut mengenai rumah tangga mereka memang sudah bergolak. Namun mereka tetap berbaik demi anak-anak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Harian Metro