
TAWAU: Sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barangan disyaki diseludup dari negara jiran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau di Kuala Sungai Tawau sekitar jam 2.45 pagi, pada Isnin.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo dijuragani lelaki tempatan, 35, tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari sempadan perairan negara menuju ke arah muara Sungai Tawau semasa Ops Pluto Timur 2/13 dan Ops Tiris di sekitar perairan daerah ini.
Menurutnya, penggeledahan ke atas bot kargo tersebut menemukan pelbagai barangan yang dipercayai diseludup dari negara jiran antaranya lapan kotak gula merah, empat guni buah keras, empat guni lada putih, dua guni kacang gajus, 720 peket perasa makanan, 312 pek keju, 12 guni beras pulut, dan empat guni biji gandum.
“Kesemua jenis barangan serta jenama itu dipercayai berasal dari negara Indonesia dan tekong bot gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawanya,” katanya.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Shahrizan berkata, suspek ditahan bersama bot dan muatan kemudiannya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM58,000.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
