Bot Karam: Jenazah Mohd. Shahril masih tunggu keputusan DNA

17 Sep 2026 • 7:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot Karam: Jenazah Mohd. Shahril masih tunggu keputusan DNA

SHAH ALAM – Jenazah Mohd. Shahril Abd. Rahman, 43, masih belum dapat dituntut keluarganya meskipun proses bedah siasat terhadap mangsa pemancing yang ditemukan di perairan Perak, semalam telah selesai.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, pihak Hospital Shah Alam memaklumkan jenazah belum boleh diserahkan kerana ujian ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilengkapkan terlebih dahulu bagi pengesahan identiti secara rasmi.

Katanya, keluarga sebelum ini telah hadir ke hospital bagi urusan pengecaman dan dimaklumkan supaya pulang sementara menunggu keputusan ujian berkenaan.

“Bedah siasat sudah selesai, tetapi pihak hospital belum lepaskan jenazah. Hospital minta keluarga balik dahulu kerana ujian DNA perlu diselesaikan,” katanya.

Ujian berkenaan penting bagi memastikan identiti mangsa disahkan secara saintifik sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Mohd. Shahril merupakan antara tujuh pemancing termasuk seorang tekong yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki dipercayai karam di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam, Ahad lalu.

Mayat Mohd. Shahril ditemukan terapung di perairan Perak pada pagi semalam sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat dan pengesahan identiti. – KOSMO! ONLINE

The post Bot Karam: Jenazah Mohd. Shahril masih tunggu keputusan DNA appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved