Jenazah Mohd. Shahril dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun

17 Sep 2026 • 2:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jenazah Mohd. Shahril dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun

SHAH ALAM – Proses bedah siasat terhadap mangsa tragedi bot karam, Allahyarham Mohd. Shahril Abd. Rahman, 43, masih dijalankan di Hospital Shah Alam (HSA), hari ini.

Seorang ahli keluarga Allahyarham yang enggan dikenali berkata, prosedur tersebut dimulakan pagi ini, namun pihak keluarga tidak mengetahui waktu tepat ia bermula.

“Pihak hospital sedang berusaha menyelesaikan proses bedah siasat Allahyarham hari ini juga. Mayat Allahyarham tiba di HSA kira-kira pukul 7 malam semalam,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik HSAS, hari ini.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun di sini, sebaik sahaja proses bedah siasat selesai.

Tinjauan Kosmo! mendapati sebahagian besar ahli keluarga Allahyarham telah berkumpul di Unit Perubatan Forensik HSA sejak pukul 9 pagi bagi mengikuti perkembangan proses berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Jenazah Mohd. Shahril dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved