Bot karam: Jenazah Shahril dituntut, kebumi malam ini

18 Sep 2026 • 6:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot karam: Jenazah Shahril dituntut, kebumi malam ini

SHAH ALAM – Jenazah pemancing, Allahyarham Mohamad Shahril Abd. Rahman, 43, telah dituntut pihak keluarga di Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam, petang tadi.

Ini selepas proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai dilakukan terhadap mayat itu.

Adik ipar mangsa, Shahdan Samsuri berkata, jenazah dituntut kira-kira pukul 5.40 petang sebelum dibawa ke pusat pengurusan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Batu Belah, Klang untuk urusan pengurusan jenazah.

“Alhamdulillah, jenazah telah berjaya dituntut pihak keluarga. Pengurusan jenazah akan dilaksanakan di tempat pengurusan UKVJ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, solat jenazah akan dilaksanakan selepas solat Isyak di Masjid An Naim Jalan Kebun.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sa’adah Kampung Johan Setia, Bandar Putera 2 Klang, pada malam ini,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sampel gigi menjadi bahan terakhir masih kukuh bagi membantu proses pengesahan ujian DNA
Allahyarham Mohamad Shahril selepas kebanyakan sampel yang diambil ketika bedah siasat tercemar dipercayai kerana Allahyarham terlalu lama berendam dalam air laut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mayat Mohd. Shahril dijumpai sekumpulan nelayan di perairan Hutan Melintang, Perak kira-kira pukul 9.30 pagi kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk proses bedah siasat.

Allahyarham merupakan antara pemancing yang terlibat dalam tragedi bot karam di perairan One Fathom Bank, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Bot karam: Jenazah Shahril dituntut, kebumi malam ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved