Bot karam: Peluang temui jasad Mohd. Rozi semakin tipis

23 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot karam: Peluang temui jasad Mohd. Rozi semakin tipis

KUALA SELANGOR – Peluang untuk menemui jasad pemancing terakhir yang hilang dalam tragedi bot karam di perairan One Fathom Bank, Klang, Raja Mohd. Rozi Raja Mahamud, 49, kini semakin tipis.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, ini berikutan mangsa yang telah lama hilang di laut selain keluasan kawasan perairan Selat Klang menambah kesukaran untuk menemui mangsa.

Katanya, bagaimanapun pihak masih membuat rondaan harian di kawasan perairan Selangor dan sempadan Perak.

“Apapun, kita tidak akan putus asa untuk cari mangsa. Harap ahli keluarganya terus berdoa agar jasad Raja Mohd. Rozi dapat ditemui,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program melabuh tukun tiruan di sini, hari ini.

Beliau turut berharap mana-mana nelayan yang menemukan jasad manusia agar menghubungi APMM agar pengecaman dapat dilakukan dengan segera.

Dalam tragedi memburu ikan cencaru berlaku 13 September lalu, seramai empat pemancing terselamat iaitu Mohd. Shairazi Abdul Aziz, 43, Mohd. Rizal Mohd. Sadali, 45, Muhd. Hamiszar Puniran, 45 dan Zulfikalnain Awang, 47.

Dua mangsa disahkan maut iaitu Mohd. Shahril Abd. Rahman, 43. dan Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37. – KOSMO! ONLINE

The post Bot karam: Peluang temui jasad Mohd. Rozi semakin tipis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved