
Bot Laju Dilapor Meletup, Terbakar Di Jeti Di Thailand
Sebuah bot laju yang sedang dibaiki terbakar, mengakibatkan lima pekerja cedera manakala seorang lagi dilaporkan hilang, lapor The Sun UK.
Asap hitam tebal kelihatan berkepul di udara di Pulau Phuket, Thailand apabila kebakaran tercetus pada bot laju dikenali sebagai Tequila semalam.
Difahamkan, beberapa pekerja sedang melakukan kerja-kerja membaiki enjin sebelum satu letupan berlaku.
Rakaman video kejadian turut memaparkan pasukan kecemasan bertungkus-lumus memadamkan api di lokasi kejadian di Jeti Coco kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).
Lima kru mengalami kecederaan ringan
Komphet Wanadee, 24, dilaporkan hilang selepas menyelam ke dalam air ketika bot laju itu ditunda oleh sebuah bot lain sehingga api berjaya dipadamkan.
Lima anak kapal mengalami kecederaan ringan dan segera dikejarkan ke hospital berhampiran.
Ketika beberapa pekerja terjun ke dalam air bagi membantu meleraikan ikatan bot serta menunda mereka yang berada di atasnya ke lokasi selamat, seorang pemandu pelancong yang turut serta dalam usaha itu dilaporkan hilang.
Lima kru mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke hospital berhampiran.
“Setakat ini, punca kebakaran dipercayai berpunca daripada satu letupan di atas bot,” menurut Pejabat Pentadbiran Bandar Phuket dalam satu kenyataan.
Baca juga:

