Bot nelayan ditahan tangkap ikan berhampiran daratan

23 Apr 2024 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan berhampiran daratan iaitu kurang dari dua batu nautika dari daratan di Sg Merotai ditahan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau sekitar jam 4.15 petang, pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot itu berjaya dikesan kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan Op Khas Pagar Laut dan Op Sejahtera di perairan itu.

“Pemeriksaan ke atas bot nelayan itu mendapati tiga lelaki terdiri daripada dua pemegang passport warga Indonesia dan seorang warga tempatan berumur di antara 42 hingga 63 tahun berada di atas bot tersebut.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Mereka didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak 1.7 batu nautika dari daratan,” katanya lagi.

Menurutnya, kesemua kru, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk siasatan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan.

Shahrizan berkata, semua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM117, 000.00.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan ke atas kes-kes yang melibatkan nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat berhampiran daratan.

Ini kerana, katanya, ativiti menarik pukat pada jarak yang berhampiran pantai boleh merosakkan ekosistem laut dan mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

Orang ramai turut diminta membantu Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-750116 atau MERS999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.