
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau merampas sebuah bot penumpang tempatan yang memuatkan 500 liter petrol tanpa sebarang permit, di perairan Tawau, sekitar jam 9.40 pagi Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Khas Pagar Laut dan Ops Tiris mengesan bot itu dalam kaeadaan mencurigakan sedang bergerak laju ke Pulau Sebatik.
Menurutnya, semasa pihaknya menghampiri bot tersebut untuk pemeriksaan, juragan bot bertindak memecut laju ke jeti CIQ Tawau sebelum melarikan diri dengan meninggalkan bot dan muatannya.
“Pemeriksaan ke atas bot itu mendapati terdapat lebih 20 gelen bahan api jenis petrol dipercayai cuba diseludup keluar tanpa sebarang kebenaran.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Bot serta muatan dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
Shahrizan berkata, kesemua barangan termasuk bot penumpang, enjin bot dan muatan disita dianggarkan berjumlah RM43,000.
Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi yang digunakan oleh juragan adalah dengan membawa bahan api tersebut dalam kuantiti yang kecil namun secara berulang.
Justeru, katanya, perkara itu perlu dibanteras bagi mengelakkan sindiket penyeludupan membawa barang kawalan tersebut ke negara jiran.
Katanya, penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan Tawau.
Tambahnya lagi, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan.
“Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi,” katanya.
Oleh itu, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau pada talian 089-750116 atau MERS999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
