Bot Persiaran Tasik Putrajaya Terbak*r, Tiada Mangsa Terlibat

7 Mar 2026 • 10:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Satu kebakaran dilaporkan berlaku petang semalam melibatkan sebuah bot persiaran di Tasik Putrajaya, Presint 19.

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku ketika bot berkenaan sedang diselenggara di Pusat Penyelenggaraan Bot, sekali gus menyebabkan tiada penumpang atau mangsa cedera dalam insiden itu.

Pihak bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

@hmetromy

Sebuah bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar ketika berada di Pusat Penyelenggaraan Bot di Presint 19.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran

Kebakaran bot persiaran itu difahamkan berjaya dikawal setelah dua aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera dan satu aliran buih digunakan ketika operasi pemadaman api.

image is not available

Video kejadian tersebut telah menjadi perhatian ramai setelah dikongsikan oleh Dr Radzi Jidin iaitu Ahli Parlimen Putrajaya menerusi Facebook.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Facebook Bomba WP Putrajaya

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.