Boy hilang, hanya bot miliknya ditemui

22 Aug 2024 • 9:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi SAR dilakukan dengan menyusuri Sungai Bangkalalak iaitu lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas hanya bot miliknya ditemui.

BEAUFORT - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hanya bot miliknya sahaja ditemui dalam kejadian di Sungai Bangkalalak di Kampung Bangkalalak dekat sini pada petang Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Boy Abdullah, 20, dikatakan menyeberang sungai tersebut untuk menghantar barang binaan dengan menggunakan bot sebelum disedari hilang pada jam 4 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.24 malam.

Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Beaufort.

"Menurut laporan awal, mangsa dikatakan menyeberang sungai menggunakan bot untuk menghantar barang binaan untuk membuat rumah.

"Bagaimanapun, pada jam 4 petang hanya bot yang ditemui di sungai tetapi mangsa tidak berada di dalam bot tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, susulan daripada itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan menyusuri sungai di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Bagaimanapun, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada ja 11.15 malam.

"Operasi disambung semula pada pagi ini dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved