Brazil Tewaskan Switzerland, Sahkan Tempat Di Pusingan 16 Terbaik Piala Dunia

29 Nov 2022 • 11:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rembatan Casemiro mengesahkan tempat Brazil di pusingan kalah mati. - Gambar dari Twitter FIFA World Cup

DOHA - Jaringan lewat Casemiro mengesahkan tempat bagi Brazil dalam peringkat kalah mati Piala Dunia dengan kemenangan 1-0 ke atas Switzerland dalam perlawanan Kumpulan G di sini pada Isnin.

Casemiro meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-83 apabila rembatannya gagal dihalang Manuel Akanji selepas menerima hantaran dari Rodrygo, lapor Xinhua.

Brazil telah memenangi sembilan perlawanan dan mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik kejohanan bola sepak dengan berbaki satu perlawanan menentang Cameroon pada Jumaat.

Switzerland perlu mengalahkan Serbia untuk menjamin tempat ke pusingan seterusnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved