BRF2023 satukan peminat muzik rock

Music
13 Dec 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

VOKALIS Search yang juga penyanyi legenda, Datuk Amy percaya Borneo Rock Festival (BRF) 2023 di Kota Kinabalu, 30 Disember ini akan mencipta legasi baharu dalam arena muzik Sabah.

Amy atau nama lengkap Suhaimi Abdul Rahman berkata, buat julung kalinya festival muzik rock sebesar itu diadakan di negeri ini, yang cukup sohor sebagai ‘kubu’ peminat rock.

“Saya sangat mengharapkan kehadiran ramai penonton khususnya peminat tegar rock kerana di Sabah belum pernah lagi ada festival rock sebesar ini.

“Setakat ini, sambutan cukup memberangsangkan, dan saya pasti BRF2023 akan memberikan pengalaman berbeza yang akan dikenang oleh penonton sampai bila-bila.