“Bronze medalist punya” – Anak Hairul Azreen Terima Hadiah Raket Yang Lee Zii Jia Guna Semasa Olimpik

13 Aug 2024 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak kepada pelakon Hairul Azreen telah membuatkan ramai netizen cemburu dengannya apabila dia menjadi insan bertuah kerana atlet badminton kita, Lee Zii Jia datang ke rumah pelakon itu.

Difahamkan, pertemuan ini adalah kali kedua setelah atlet negara itu pernah hadir ke rumah pelakon filem PASKAL tersebut buat pertama kali dalam bulan Jun lepas.

 

“Bronze medalist punya raket”

Pertemuan antara pelakon dan atlet itu dikatakan berlaku baru-baru ini, LZJ berkunjung ke rumah pelakon tersebut dan memberikan anaknya, Alisa sebatang raket dan apabila Hairul Azreen bertanyakan mengenai raket itu, LZJ menjawab ia adalah raket yang digunakan ketika perlawanan beliau bagi pingat gangsa di Olimpik.

Video tersebut dilihat tular di media sosial dan rata-rata netizen cemburu melihat Alisa menerima satu barang yang dikatakan tidak ternilai daripada insan yang bukan calang-calang orangnya.

image is not available image is not available

Wahh, kalau min memang min frame elok-elok dan takkan guna lah!

Sumber : TikTok, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.