BSN Rai Hari Kebangsaan Ke-69 Menerusi Kempen ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’

LocalBusiness & Finance
31 Aug 2026 • 9:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

BSN Rai Hari Kebangsaan Ke-69 Menerusi Kempen ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melabuhkan tirai  kempen ‘Cerita Mereka Jiwa Malaysia’ yang berlangsung sepanjang bulan ini menerusi penganjuran Karnival BSN Mikro MADANI di Wisma BSN pada 28 Ogos.

Karnival ini menghimpunkan usahawan mikro yang disokong BSN serta komuniti setempat sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. 

Kempen ini mengetengahkan keazaman dan kecekalan rakyat Malaysia yang membina sumber  pendapatan melalui bidang perniagaan, seterusnya mewujudkan peluang dan menyumbang  kepada komuniti di sekeliling mereka.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 2 Kali Berdepan Risiko Muflis, Usahawan Ini Berjaya Bangkit Bina Semula Perniagaan Kopi

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, BSN  menampilkan 69 usahawan mikro daripada pelbagai latar belakang serta budaya yang  melambangkan kepelbagaian landskap perusahaan mikro di Malaysia dan disatukan oleh  keberanian untuk memulakan langkah membina masa depan yang lebih baik. 

“Kisah perjalanan usahawan mikro BSN ini adalah kejayaan yang wajar kita raikan agar dapat  terus menjadi inspirasi untuk usahawan lain. Kejayaan mereka ini mewakili hampir 180,000  usahawan mikro BSN, yang membuktikan komitmen BSN untuk terus memperkukuh asas  pertumbuhan ekonomi negara. 

“Usahawan mikro adalah nadi pembangunan ekonomi negara yang melambangkan semangat  keusahawanan rakyat Malaysia. Dengan pelbagai sokongan dan inisiatif Kerajaan, saya yakin usaha-usaha ini dapat membantu mereka membina perniagaan yang lebih mampan,” kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, di karnival tersebut.

Karnival tersebut mengangkat semangat kempen ini melalui pelbagai pameran dan aktiviti yang  disertai usahawan mikro BSN, memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali para  usahawan serta melihat sendiri produk yang ditawarkan.

Pada masa yang sama, BSN juga terus memperkukuh inisiatif pembangunan usahawan dan kewangan sosial menerusi program literasi  kewangan yang diadakan di karnival tersebut khusus untuk usahawan OKU daripada MyOKU  Preneur serta usahawan desa di bawah KEMAS, Khadijah Artisans dan USAHANITA. 

“Menerusi ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’, kami ingin meraikan kisah-kisah ini serta impak positif  yang dapat dihasilkan melalui keusahawanan dalam komuniti. Di BSN, sokongan kami tidak  terhad kepada pembiayaan semata-mata. Kami mahu melangkah seiring bersama usahawan  dalam perjalanan mereka membina perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk  komuniti di sekeliling mereka.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, hampir 5,000 cup sleeve edisi khas bertemakan batik  yang diinspirasikan daripada motif batik uniform teller BSN telah diedarkan oleh usahawan yang  terlibat kepada pelanggan mereka di seluruh negara. Dihasilkan dengan sentuhan kreatif pelajar  Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, yang merupakan Sekolah Angkat  MADANI BSN 2025, inisiatif ini bukan sahaja menghubungkan keusahawanan dan kreativiti,  malah membuka ruang kepada para pelajar untuk berkongsi bakat serta hasil usaha mereka  dengan masyarakat,” kata Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Encik Mujibburrahman Abd Rashid.  

Seiring dengan berakhirnya kempen ini, BSN kekal komited untuk menyokong usahawan mikro  pada setiap peringkat perjalanan mereka, membantu meningkatkan kelestarian perniagaan serta  memperkukuh ekonomi dan komuniti setempat yang turut menjadi sebahagian daripada  kehidupan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved