Tun M bangga semangat merdeka anak muda

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tun M bangga semangat merdeka anak muda

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa golongan anak muda hari ini tidak menghargai kemerdekaan negara.

Beliau berkata, perkara itu dilihatnya sendiri ketika hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya semalam.

Beliau berkata, acara itu masih mendapat sambutan hangat daripada rakyat termasuk golongan muda pelbagai kaum.

“Saya gembira kerana sambutan masih hangat (betul-betul hangat). Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India berada dalam barisan pemerhati ketika sambutan berkenaan.

“Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah,” katanya.

Beliau berkata, semangat sedemikian penting dalam memastikan kelangsungan negara pada masa akan datang.

“Semangat seperti ini akan kekalkan negara. Tidak ada yang lebih mulia daripada mempertahankan negara tercinta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tun M bangga semangat merdeka anak muda appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved