Buang bayi belakang surau

LocalPolitics
15 Dec 2024 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

IPOH: Bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan.

Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada 6.54 petang semalam.

Advertisement“Bayi tersebut telah dijumpai oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau yang datang untuk membersihkan persekitaran surau sebelum menyedari bunyi tangisan bayi,” katanya dalam kenyataan.

Hasbullah berkata, bayi itu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau berkata, polis masih mengesan ibu kepada bayi berkenaan dan mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau menerusi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 dan Hotline WhatsApp 014-682 8005.