Dengar Tangisan, Bayi Lelaki Berbalut Kain Ditemui Di Kawasan Semak Oleh AJK Surau

LocalPolitics
15 Dec 2024 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang ahli jawatankuasa surau di Kampung Permatang telah menemui seorang bayi lelaki yang berbalut kain di kawasan semak di belakang surau di Setiawan, Perak pada petang Sabtu semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, AJK surau tersebut mendengar bunyi tangisan bayi dari arah kawasan semak di belakang surau itu ketika sedang membersihkan sekitar kawasan berkenaan.

Difahamkan, bayi lelaki tersebut ditemui dalam keadaan cukup sifat dan bayi itu dipercayai telah ditinggalkan di dalam semak itu.

image is not available

AJK surau tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis untuk membuat laporan.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman iaitu Ketua Polis Daerah Manjung mengatakan kes bayi itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ibu bayi lelaki itu juga sedang dikesan oleh polis.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved