Penduduk kampung pilu, temui bayi dibuang dalam semak belakang surau

15 Dec 2024 • 2:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penduduk kampung pilu apabila menemui seorang bayi yang masih hidup dibuang dalam semak belakang surau.

Menerusi posting di Facebook Mohd Sobri Md Saad, dia akui terkejut apabila dipanggil beberapa orang penduduk kampung sewaktu baru selesai menebang pokok pisang bagi memberitahu mendengar tangisan seakan suara bayi.

image is not available

Penduduk kampung pilu, ingatkan suara anak anjing

Ujarnya, dia telah menghampiri dua kariah surau tersebut yang memanggilnya sambil mengendap dari tandas surau bagi mencari tahu dari arah mana suara terbabit kedengaran.

image is not available

Penduduk kampung pilu, tak sanggup lihat bayi dilempar dalam semak

Walaupun pada awalnya dia menyangkakan anak anjing sahaja di kawasan tersebut memandangkan haiwan berkenaan memang banyak berkeliaran disitu, namun mereka bertiga cukup terkejut selepas menghampiri semak berkenaan.

Selepas diperhatikan, pengguna Facebook berkenaan akui kaki dan tangannya menggeletar selepas melihat seorang bayi lelaki terbaring di kawasan semak di belakang surau itu.

“Tengok-tengok anak orang. Allah terus ketaq kaki tangan.

“Sanggupnya lempar anak dalam semak macam tu.

“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa mereka serta beri hidayah dan taufiqMU,” tulisnya.

Penduduk kampung pilu, bayi lelaki bersama sehelai kain

Dia juga menyertakan beberapa gambar serta video keadaan bayi tersebut sewaktu ditemui dan selepas diselamatkan yang cukup sifat dan dalam keadaan menangis.

image is not available

Bayi dirujuk ke Hospital Seri Manjung

Memetik laporan dari Bernama, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman memberitahu yang pihak mereka telah menerima maklumat berhubung perkara itu pada 6.54 petang.

Beliau menyatakan bahawa bayi lelaki baru lahiritu ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan semalam.

Susulan daripada itu, bayi berkenaan kini telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

image is not available

Astaghfirullahalazim, tergamaknya!

Menjengah ke ruangan komen Facebook Mohd Sobri Md Saad, ramai yang menzahirkan rasa sedih dengan penemuan berkenaan kerana disifatkan keterlaluan.

Walau bagaimanapun, mereka bersyukur kerana bayi tersebut berada dalam keadaan selamat dan masih hidup walaupun dibuang di kawasan semak serta berbahaya.

image is not available

Syukur umur bayi masih panjang

image is not available

Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh

image is not available

Setakat ini, pihak polis masih mengesan ibu kepada bayi berkenaan dan memohon agar mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-688 6222 dan Hotline WhatsApp 014-682 8005.

Sumber: Facebook Mohd Sobri Md Saad, Bernama