DBKK kutip RM6,100 kompaun babit individu buang sampah merata-rata

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

DBKK kutip RM6,100 kompaun babit individu buang sampah merata-rata

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengutip sejumlah RM6,100 kompaun daripada individu yang membuang sampah merata-rata bagi tempoh dua bulan lalu menerusi operasi Ops Bersih di pusat komersial serta bandar dalam kawasan pentadbirannya.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya (JPPB) DBKK berkata sebanyak RM2,720 dikutip pada September daripada 136 individu yang melunaskan kompaun mereka serta-merta.

“Dua lagi individu memilih untuk menjelaskan kompaun masing-masing sebelum tempoh kelonggaran pembayaran tamat,” katanya.

Beliau berkata seramai 137 individu dikenakan tindakan kerana membuang puntung rokok atau sampah ke kawasan persekitaran mereka.

“Seorang lagi individu ditegur kerana menimbun atau meletakkan barangan yang tidak diperlukan di kawasan umum berhampiran premis mereka,” ujarnya.

Menurutnya kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar Undang-Undang Kecil Antisampah DBKK 1984 (Pindaan 2025).

Beliau berkata individu yang berulang kali mengingkari arahan DBKK supaya tidak membuang sampah di kawasan umum boleh berdepan tindakan undang-undang.

“Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah oleh mahkamah,” tambahnya.

Jurucakap itu berkata tiga pasukan JPPB, masing-masing terdiri daripada empat hingga lima anggota berpakaian biasa, menjalankan 60 pemeriksaan berasingan menerusi operasi berkenaan dari 2 hingga 30 September.

Anggota jabatan itu melakukan pemeriksaan di premis sekitar pusat bandar raya serta kawasan dari Damai hingga Manggatal.

Beliau berkata antara lokasi di Kota Kinabalu yang diperiksa ialah deretan kedai di Bandaran Berjaya, Kampung Air, Sinsuran, Asia City dan Jalan Padang, selain Jeti DBKK berhampiran Jalan Tun Fuad Stephens.

Kawasan umum di sekitar pusat beli-belah Centre Point Sabah turut dipantau, katanya.

“Jumlah individu yang membuang sampah merata-rata paling ramai ditahan di sekitar Kampung Air (32 orang), diikuti Sinsuran (27) dan Bandaran Berjaya (tiga),” jelasnya.

SEORANG pemilik kedai di Taman Indah Permai dikenakan kompaun kerana meletakkan stok barangan dan barang lain di atas laluan pejalan kaki di belakang unit kedainya.Bagi kawasan di luar pusat bandar raya, jurucakap itu berkata pasukan JPPB turut melakukan pemeriksaan di premis perniagaan di Taman Fulliwa, Bandar Sierra dan Taman Indah Permai.

Selain itu pemantauan turut dijalankan di Damai Plaza, Likas Plaza, Kingfisher Plaza, Alamesra, Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya, University Plaza, University Utama Square dan Grand Merdeka Mall.

Pemeriksaan turut dilakukan di pekan Inanam dan Manggatal.

Menurut jurucakap itu Inanam mencatat jumlah pesalah tertinggi dengan 22 individu ditahan kerana membuang sampah merata-rata, diikuti Grand Merdeka Mall dengan tujuh orang. Katanya masing-masing tiga individu turut dikenakan tindakan di sekitar Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya, Kingfisher Plaza dan University Plaza.

“Seorang pemilik kedai di Alamesra dikenakan kompaun kerana menimbun stok barangan dan barang miliknya yang lain di atas laluan pejalan kaki di belakang unit kedainya,” katanya.

Menurut jurucakap itu, seorang pemilik premis di Bandaran Berjaya turut dikenakan tindakan atas kesalahan serupa pada Ogos lalu. Beliau memaklumkan sebanyak 62 pemeriksaan menerusi Ops Bersih dijalankan dari 1 hingga 30 Ogos dengan individu yang melakukan kesalahan membayar keseluruhan RM3,380 secara serta-merta.

“Kebanyakan individu yang melakukan kesalahan di pusat bandar raya ditangkap ketika membuang sampah di sekitar Sinsuran (59 orang).

RAMAI individu yang membuang sampah merata-rata di bandar raya pada bulan lalu ditahan di kawasan Kampung Air.“Seramai 33 lagi dikenakan tindakan di Kampung Air, manakala 15 individu ditahan di deretan kedai Bandaran Berjaya,” katanya.

Bagi premis di luar Kota Kinabalu, beliau berkata kedai-kedai di Taman Indah Permai dan sekitar Inanam mencatatkan jumlah pesalah tertinggi dengan masing-masing lima individu ditahan.

Ini diikuti Grace Square, Kingfisher Plaza, Alamesra dan Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya, dengan masing-masing tiga individu dikenakan tindakan.

Katanya masing-masing dua individu yang membuang sampah merata-rata turut ditahan di sekitar Damai Plaza, Likas Plaza dan Manggatal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved