Buang Sampah Merata, ADUN Merlimau Cari Pelaku, Siap Korek Sampah Tengah Malam

Entertainment
6 Jan 2024 • 1:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Membuang sampah merata tempat adalah perkara yang tidak bermoral. Selain daripada merosakkan pandangan, sampah yang dibuang merata juga berpotensi akan bersepah sekiranya diselongkar haiwan jalanan seperti anjing atau kucing.

Geram dengan perbuatan penduduk setempat yang membuang sampah bukan ditempat yang ditetapkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Akmal Saleh turun padang untuk mencari si pelaku tersebut.

YB Akmal telah bertindak menyelongkar dan mengorek sisa pepejal yang ditinggalkan oleh orang tidak bertanggungjawab untuk pengajaran semua.

Tindakan YB Akmal tersebut telah dikongsikan di TikTok @drakmalsaleh baru-baru ini.

@drakmalsaleh

Kita bersihkan sebelah pagi,dah angkat tong sampah kecil pon tetap ada orang degil dan tidak bertanggungjawab buang sampah mcm xda langsung kesedaran Baik kalau cabar saya,saya boleh jadi lebih gila dari apa yang anda bayangkan Tunggu saya akan cari korang yang xda langsung tanggungjawab ni!!! #drakmalsaleh #yangberkhidmat

♬ Victory (Cover Two Steps From Hell) – 马总

Buang sampah merata

Dalam video tersebut, dapat dilihat YB Akmal menyelongkar sendiri sampah yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab pada tengah malam.

Dalam video itu juga, beliau mengatakan pada lewat petang hari yang sama tiada sampah kelihatan. Maknanya memang ada orang yang buang sampah malam-malam sebab tak nak kantoi.

image is not available

Mungkin YB dah boleh pasang CCTV. Lagi senang nak tangkap si pelaku. Manusia ni kalau ada yang memerhati dia takut nak buat salah.

image is not available

Selain pasang CCTV, mungkin boleh tempatkan orang untuk buat intipan. Kalau kantoi depan-depan memang terus dia angkat balik sampah tu buang dekat tempat yang sepatutnya.

image is not available

Min pun pantang tengok sampah berterabur atau berada di tempat yang tidak sepatutnya. Sampai sekarang min tak faham kenapa ada orang suka buang sampah merata-rata.

image is not available

Terima kasih kepada YB yang sanggup turun padang tengah malam dan korek sampah.

Teruskan dan selamat menjalankan amanah yang diberi rakyat untuk kebaikkan semua.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.